Rawatan Alternatif No: 1 di Malaysia

Sel / Aura / Masa NW

Home | Forum | Rawatan Mandian Ais | Rawatan Hiv / Aids | Rawatan Kanser | Rawatan Demam Denggi | Alkaline Water | Soalan | Tanda ditubuh | Kisah Benar | Penawar | Tangkap Jin | Siapa aku ? | Sel / Aura / Masa NW | Tips Kesihatan | Tips diet | Mandul | Air | Birthday | Beli Produk | Contact us

Kajian saintis pada diri manusia ada menyatakan bahawa di dalam tubuh badan manusia itu mengandungi 500 juta voltan. Itu adalah kekuatan seperti bom atom atau pun nuklear! Maka terang benderanglah tubuh manusia itu hanya sayang kuasa yang begitu tinggi tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang sememangnya tertipu dengan pandangan menggunakan otak kiri dan juga memandang dengan menggunakan deria mata semata-mata dan tidak menggunakan deria-deria yang lain. Maka "kosong" lah pandangan manusia itu dari "pandangan Kebesaran mutlak"!

Walau apa sekali pun, di dalam tubuh badan manusia itu ada terkandung sel-sel pada setiap sistem dan organ-organ. Di dalam setiap sel-sel inilah terkandung segala rahsia DNA, rahsia penyakit, hikayat kehidupan dan sebagainya. Sel-sel ini juga ada tenaga dan sudah pun tersirat akan kerja-kerja yang sepatutnya sel-sel pada bahagian-bahagian tertentu itu bekerja mengikut kepada ketetapan.

Apabila sel-sel itu mampat dan rapat, maka disitulah sistem tubuh manusia itu normal dan akan bercahaya yang amat terang sekali umpama kunang-kunang yang bercantum sesama sendiri. Cuba bayangkan jika bermillion-million sel bercantum......Itulah kebesaran Pencipta! Begitu jugalah jika sel-sel di dalam tubuh badan kita mula merenggang....di situlah "kegelapan" mula terjadi dan di tempat itu adalah bertekanan rendah! Oleh sebab itulah apabila orang yang sakit, muka rupanya memang nampak sakit (kegelapan) umpama tiada Nur lebih-lebih lagi yang bersakit "jiwa kerohanian" (bersifat keji)!

Kajian para saintis juga membuktikan apabila diperbesarkan sel ke nisbah 1 : 500, maka didapati di dalam ruang sel yang kecil itu terdapat 300 billion ruang-ruang yang kosong dan di dalamnya 300 billion ruang kosong sel tadi ada lagi 300 billion ruang yang kosong dan lagi dan lagi.....Maha Suci Allah Pencipta yang Maha Bijaksana! Sesungguhnya, yang di sangka kecil itu rupanya besar dan tidak terhitung tersirat segala rahsia kejadian yang maha halus penuh dengan Kebesaran semata-mata....

Pertumbuhan dan pembiakan bahagian-bahagian sel amat sekali bergantung kepada beberapa faktor utama seperti kandungan konsentrasi zat nutrient, pembuangan konsentrasi kekotoran, suhu, konsentrasi gas dan lain-lain. Dapatkah anda mengagak berapa lama masa yang diperlukan untuk bakteria membiak sehingga mencapai tahap 2 kali ganda?
 
 
 
Apa itu Aura?

Perisai Diri - Aura

 

Samada kita sedari atau tidak, terdapat jaluran tenaga elektromagnet yang melingkungi (menutupi) disekeliling tubuh manusia. Tenaga  elektro magnetik ini berbeza-beza pada paras gelombang yang tertentu dalam ukuran nanometer (nm). Tenaga elektromagnetik ini juga dikenali sebagai perisai diri atau aura. Ia bertindak melindungi diri sesaorang sepertimana lapisan ozon memelihara bumi dari pancaran cahaya alpha, beta dan gamma.

Gambar Perisai Diri
Gambar Aura
- Perisai Diri

Terdapat 4 warna perisai diri, iaitu Puteh, Pink, Hijau dan Biru. Setiap orang hanya mewarisi satu sahaja warna aura dan aura ini kekal dengan sesaorang itu sehingga akhir hayatnya.

Daripada warna aura, kelemahan atau kelebihan sesaorang itu dapat dikenalpasti. Bagi sesaoarang yang tidak mengalami sebarang penyakit spiritual, mental, emosi dan fizikal  maka gambar auranya hanya akan menunjukkan satu warna sahaja.

Melalui  gambar aura penyakit atau kelemahan pada anggota sesaorang itu dapat dikesan. Frekuensi getaran yang melingkungi tubuh kita menggambarkan hal keadaan organ-organ dalaman kita. 

Bagi sesaorang yang mengalami kesakitan pada organ-organ tertentu dalam tubuhnya maka aura nya akan menunjukkan kesan-kesan ini dengan warna yang tidak seimbang pada aura nya seperti dalam gambar di sebelah ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setiap warna mempunyai kelebihan dan kelemahan dari segi penyakit, tabiat, perangai dan sebagainya. 

Warna AURA ini dapat dilihat dengan menggunakan Kamera Kirlian (Kirlian Camera).

Manusia memegang rahsia susunan sistem piramid sebenarnya. Apabila cahaya putih dari sinaran cahaya matahari memasuki tubuh melalui ubun-ubun kepala dimana terletaknya kelenjar Pineal selaku prisma yang akan menyebarkan spektrum cahaya iaitu warna-warna pelangi ke sistem-sistem tubuh bagi peneutralan yang dibantu Hydrogen (Air) yang tersedia ada di bahagian perut-usus.

 

Waktu-waktu peralihan AURA alam menurut fizik

  • Dari 12pagi 1pagi = Putih (NW1, NW 2) 
  • Dari 1pagi 2pagi = Merah Jambu (NW3)
  • Dari 2pagi 4pagi = Ultra Ungu(UV) (NW4)
  • Dari 4pagi 6pagi = Ungu kebiruan(Indigo) (NW5, NW6, NW7, NW8)
  • Dari 6pagi 7pagi = Biru (NW9)
  • Dari 7pagi 7.30pagi = Infra Merah/Merah/Oren/Kuning (NW12, NW13, NW14, NW15, NW16, NW17, NW18, NW19, NW20)
  • Dari 7.30pagi 11pagi = Hijau (NW10, NW11)
  • Dari 11pagi 3ptg =  Kuning (NW12, NW13, NW14, NW15)
  • Dari 3ptg 5ptg = Oren (NW16, NW17)
  • Dari 5ptg 7ptg = Merah (NW18, NW19)
  • Dari 7ptg 7.30ptg = Infra Merah/Merah/Oren/Kuning (NW12, NW13, NW14, NW15, NW16, NW17, NW18, NW19, NW20)
  • Dari 8mlm 12tgh mlm = Kegelapan (NW5, NW6, NW7, NW8)