Terdapat 4 aras diri hakiki pada manusia, Spiritual,
Mental, Emosional dan Fizikal. Setiap orang hanya memiliki satu aras diri yang hakiki. Aras diri hakiki secara umumnya menggambarkan
keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya. Dengan mengetahui rahsia aras diri kita boleh mengenalpasti kekuatan, kelebihan
diri serta kelemahan yang dialami atau yang akan dilalui pada masa hadapan. Selain dari itu ia dapat membantu untuk mengekploitasi
kelebihan pada diri kita dan mengelakan penyakit yang mungkin kita alami.
Perlu dijelaskan disini bahawa penyakit yang dialami adalah
berpunca daripada kelemahan atau kegagalan fungsi sesuatu organ dalam tubuh. Mengawal kesihatan kesemua organ dalam tubuh
secara berkesan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.
Ringkasan maksud/makna istilah;
- Kelebihan - adalah kelebihan atau kekuatan yang ujud secara semulajadi dalam
diri
- Kelemahan - adalah kelemahan /penyakit yang sedang dialami atau akan dialami
pada masa hadapan sekiranya sifat-sifat negatif dan kelmahan pada organ tidak dikawal
- Sifat (personaliti) positif - sifat semulajadi yang diwarisi pada diri dan
perlu dibentuk. Elok diekspoitasi.
- Sifat (personaliti) negatif - sifat semulajadi yang diwarisi dan perlu di
usahakan supaya hilang dari diri. Ini perlu kerana sifat negatif ini adalah menjadi punca bermulanya penyakit pada diri. Penyakit
akan bermula dari tahap simptom, kemudian menjadi penyakit minor. Sekiranya tidak dirawat pada tahap minor, maka penyakit
akan menjadi major (kronik) dan akan memakan masa yang agak lama untuk penyembuhan.
|
|