Kajian saintis pada diri manusia ada menyatakan bahawa
di dalam tubuh badan manusia itu mengandungi 500 juta voltan. Itu
adalah kekuatan seperti bom atom atau pun nuklear! Maka terang benderanglah tubuh manusia itu hanya sayang kuasa yang begitu
tinggi tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang sememangnya tertipu dengan pandangan menggunakan otak kiri dan juga memandang
dengan menggunakan deria mata semata-mata dan tidak menggunakan deria-deria yang lain. Maka "kosong" lah pandangan manusia
itu dari "pandangan Kebesaran mutlak"!
Walau apa sekali pun, di dalam tubuh badan manusia itu ada terkandung sel-sel pada
setiap sistem dan organ-organ. Di dalam setiap sel-sel inilah terkandung segala rahsia DNA, rahsia penyakit, hikayat kehidupan
dan sebagainya. Sel-sel ini juga ada tenaga dan sudah pun tersirat akan kerja-kerja yang sepatutnya sel-sel pada bahagian-bahagian
tertentu itu bekerja mengikut kepada ketetapan.
Apabila sel-sel itu mampat dan rapat, maka disitulah sistem tubuh manusia itu normal
dan akan bercahaya yang amat terang sekali umpama kunang-kunang yang bercantum sesama sendiri. Cuba bayangkan jika bermillion-million
sel bercantum......Itulah kebesaran Pencipta! Begitu jugalah jika sel-sel di dalam tubuh badan kita mula merenggang....di
situlah "kegelapan" mula terjadi dan di tempat itu adalah bertekanan rendah! Oleh sebab itulah apabila orang yang sakit, muka
rupanya memang nampak sakit (kegelapan) umpama tiada Nur lebih-lebih lagi yang bersakit "jiwa kerohanian" (bersifat keji)!
Kajian para saintis juga membuktikan apabila diperbesarkan sel ke nisbah 1 : 500,
maka didapati di dalam ruang sel yang kecil itu terdapat 300 billion ruang-ruang yang kosong dan di dalamnya 300 billion ruang
kosong sel tadi ada lagi 300 billion ruang yang kosong dan lagi dan lagi.....Maha Suci Allah Pencipta yang Maha Bijaksana!
Sesungguhnya, yang di sangka kecil itu rupanya besar dan tidak terhitung tersirat segala rahsia kejadian yang maha halus penuh
dengan Kebesaran semata-mata....
Pertumbuhan dan pembiakan bahagian-bahagian sel amat sekali bergantung kepada beberapa
faktor utama seperti kandungan konsentrasi zat nutrient, pembuangan konsentrasi kekotoran, suhu, konsentrasi gas dan lain-lain.
Dapatkah anda mengagak berapa lama masa yang diperlukan untuk bakteria membiak sehingga mencapai tahap 2 kali ganda?
Apa itu Aura?
Perisai Diri - Aura |
Samada kita sedari atau tidak, terdapat jaluran tenaga elektromagnet
yang melingkungi (menutupi) disekeliling tubuh manusia. Tenaga elektro magnetik ini berbeza-beza pada paras gelombang
yang tertentu dalam ukuran nanometer (nm). Tenaga elektromagnetik ini juga dikenali sebagai perisai diri atau aura. Ia bertindak
melindungi diri sesaorang sepertimana lapisan ozon memelihara bumi dari pancaran cahaya alpha, beta dan gamma. |
Gambar Aura - Perisai Diri
| |
Terdapat 4 warna perisai diri, iaitu Puteh, Pink, Hijau dan
Biru. Setiap orang hanya mewarisi satu sahaja warna aura dan aura ini kekal dengan sesaorang itu sehingga akhir hayatnya.
Daripada warna aura, kelemahan atau kelebihan sesaorang itu
dapat dikenalpasti. Bagi sesaoarang yang tidak mengalami sebarang penyakit spiritual, mental, emosi dan fizikal maka
gambar auranya hanya akan menunjukkan satu warna sahaja.
Melalui gambar aura penyakit atau kelemahan pada anggota
sesaorang itu dapat dikesan. Frekuensi getaran yang melingkungi tubuh kita menggambarkan hal keadaan organ-organ dalaman kita.
Bagi sesaorang yang mengalami kesakitan pada organ-organ tertentu
dalam tubuhnya maka aura nya akan menunjukkan kesan-kesan ini dengan warna yang tidak seimbang pada aura nya seperti dalam
gambar di sebelah ini. |
Setiap warna mempunyai kelebihan dan kelemahan dari segi penyakit, tabiat,
perangai dan sebagainya.
Warna AURA ini dapat dilihat dengan menggunakan Kamera Kirlian
(Kirlian Camera).
Manusia memegang rahsia susunan sistem piramid sebenarnya.
Apabila cahaya putih dari sinaran cahaya matahari memasuki tubuh melalui ubun-ubun kepala dimana terletaknya kelenjar Pineal
selaku prisma yang akan menyebarkan spektrum cahaya iaitu warna-warna pelangi ke sistem-sistem tubuh bagi peneutralan yang
dibantu Hydrogen (Air) yang tersedia ada di bahagian perut-usus.
Waktu-waktu peralihan AURA alam menurut
fizik
- Dari 12pagi 1pagi = Putih (NW1, NW 2)
- Dari 1pagi 2pagi = Merah Jambu (NW3)
- Dari 2pagi 4pagi = Ultra Ungu(UV) (NW4)
- Dari 4pagi 6pagi = Ungu kebiruan(Indigo)
(NW5, NW6, NW7, NW8)
- Dari 6pagi 7pagi = Biru (NW9)
- Dari 7pagi 7.30pagi
= Infra Merah/Merah/Oren/Kuning (NW12, NW13, NW14, NW15, NW16, NW17, NW18, NW19, NW20)
- Dari 7.30pagi 11pagi = Hijau (NW10,
NW11)
- Dari
11pagi 3ptg = Kuning (NW12, NW13, NW14, NW15)
- Dari 3ptg 5ptg = Oren (NW16, NW17)
- Dari 5ptg 7ptg = Merah (NW18, NW19)
- Dari 7ptg 7.30ptg = Infra Merah/Merah/Oren/Kuning
(NW12, NW13, NW14, NW15, NW16, NW17, NW18, NW19, NW20)
- Dari 8mlm 12tgh mlm = Kegelapan (NW5, NW6,
NW7, NW8)