Rawatan Alternatif No: 1 di Malaysia

Siapa aku ?

Home | Forum | Rawatan Mandian Ais | Rawatan Hiv / Aids | Rawatan Kanser | Rawatan Demam Denggi | Alkaline Water | Soalan | Tanda ditubuh | Kisah Benar | Penawar | Tangkap Jin | Siapa aku ? | Sel / Aura / Masa NW | Tips Kesihatan | Tips diet | Mandul | Air | Birthday | Beli Produk | Contact us
Dr. Demam Denggi
Hotline : 019-2994577
 
atau jika anda berminat menjadi Agen, sila daftar di laman:
www.DemamDenggi.com

Merawat Demam Denggi melalui "Pil Herba Imune Booster"
Kami dapat merawat Demam Denggi - Sembuh dalam 3 Hari!!
 
Jika anda berminat menjadi Agen Penawar Demam Denggi,
sila taip sms : (Agen_Denggi) (Nama Anda) (Lokasi Anda)
dan hantar kepada talian 019 299 4577
 
SUMBER DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Pesakit Demam Denggi pada tahun 2014 ialah 108 698 kes
"Jumlah Kematian Akibat Denggi Terus Meningkat kepada 215 kes kematian"

Testimonial Pesakit Denggi - Dimasukkan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, 45200 Sabak Bernam, Selangor pada 24hb Oktober 2013

Testimonial pesakit SABAK BERNAM


Nama Pesakit: Encik Hisyamudin Bin Said. Berumur 34 tahun. Pesakit disahkan mengidap demam denggi dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor.

Keadaan pesakit masih tiada perubahan selama 7 hari. Pesakit tiada selera makan. Apabila makan sahaja pesakit akan mula muntah-muntah. Dan dalam masa yang sama pesakit mengalami masalah gastrik. Badan menjadi semakin lesu dan tidak bermaya. Oleh kerana putus asa dengan rawatan di Hospital, maka pesakit mengambil keputusan untuk balik ke rumah.

Setelah 2 hari menggunakan UBAT PIL HERBA IMUNE BOOSTER pesakit sudah kembali sembuh. Kini pesakit makin bertenaga. Gastrik pun telah hilang. Selera makan pun bertambah. Muntah-muntah pun dah tiada. JIKA ANDA ADA RAKAN YANG TERKENA DEMAM DENGGI CEPAT-CEPATLAH hubungi Dr DEMAM DENGGI HOTLINE 019-299 4577. IANYA SANGAT BERKESAN DAN SEMBUH DALAM 2 HARI INSYAALLAH.

Untuk Rawatan Penyakit Lain sila layari : www.MandiAis.com
  • Kami adalah pakar bagi kes rawatan demam denggi, insyaAllah.
  • Rawatan dengan hanya menggunakan PIL HERBA IMUNE BOOSTER anda sudah boleh sembuh dengan kadar segera
  • Rawatan ini selamat digunakan 100% walaupun untuk kanak-kanak kerana ia food base (herba)
  • Banyak Kes kritikal ICU telah sembuh.
  • Hubungi Pakar Demam Denggi ditalian : Hotline: 019-299-4577
  • Rawatan ini akan dijalankan oleh Doctor Phd M.D ( Alternatif Medicine Doctor )
    from O.I.U.C.M - Open International University of Complimentary Medicine
    Recognized and Approved by UNESCO, WHO and The United Nations

TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN AWAM)

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

Bagi Minggu 38/2013 (15 hingga 21 September 2013)

"Jumlah Kematian Akibat Denggi Terus Meningkat”

Seorang lelaki berusia 36 tahun dari Selangor yang bekerja di kilang perabot dan seorang perempuan berusia 20 tahun yang merupakan pelajar perubatan di sebuah universiti di WP Kuala Lumpur menjadi kes terbaru kematian demam denggi yang dilaporkan pada minggu ke 38 (15 hingga 21 September 2013).

Pesakit yang mengalami demam, sakit tekak, muntah, hilang selera makan dan dehidrasi telah mendapatkan rawatan di klinik dan seterusnya dirujuk ke hospital sebelum dimasukkan ke wad.

Setelah keadaan menjadi semakin kritikal, pesakit telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, setelah dirawat di ICU, pesakit meninggal dunia akibat "Dengue Shock Syndrome.”

Hasil siasatan Pejabat Kesihatan di rumah kediaman pesakit mendapati kadar pembiakan Aedes adalah tinggi iaitu masing-masing pada kadar 11.8% dan 14.7%.

Negeri dengan kes kematian denggi yang tertinggi adalah 12 di Selangor, diikuti oleh 11 kematian di Johor dan tujuh (7) di WP Kuala Lumpur.

Secara kumulatif, sejumlah 45 kes kematian denggi telah dilaporkan diseluruh Malaysia, meningkat sebanyak 18 kematian (67%) berbanding 27 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Pada tempoh yang sama juga sejumlah 946 kes demam denggi telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 103 kes (12.2%) berbanding 843 kes bagi minggu sebelumnya. Ia juga adalah jumlah kes mingguan yang tertinggi yang telah dilaporkan pada tahun ini. Terdapat lapan (8) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor 118 kes (28%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 21 kes (68%), Terengganu 14 kes (88%), Sarawak 3 kes (20%), Kedah 2 kes (18%), Sabah 2 kes (17%), Melaka 2 kes (3%) dan Kelantan 1 kes (3%).

Jumlah terkumpul kes denggi yang dilaporkan pada tahun ini adalah 21,453 kes, peningkatan kes sebanyak 5,503 kes (35%) berbanding hanya 15,950 kes demam denggi yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. Negeri Selangor paling banyak melaporkan kes pada tahun ini iaitu 10,051 kes (47%) diikuti Johor 2,854 kes (13%) dan WP Kuala Lumpur & Putrajaya 1,563 kes (7%).

Sejumlah 226 lokaliti wabak denggi dilaporkan berbanding 215 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan Selangor sebanyak 163 lokaliti, Johor 20 lokaliti, WP Kuala Lumpur & Putrajaya 13 lokaliti, Melaka 9 lokaliti, Perak 7 lokaliti, masing-masing 3 lokaliti di Pulau Pinang dan Pahang, masing-masing 2 lokaliti di Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu serta masing-masing 1 lokaliti di Kelantan dan Sarawak. Daripada 226 lokaliti, 19 lokaliti dikategorikan sebagai lokaliti hotspot denggi dengan 18 lokaliti dilaporkan di Selangor manakala selebihnya di Perak.

lokaliti, Perak 7 lokaliti, masing-masing 3 lokaliti di Pulau Pinang dan Pahang, masing-masing 2 lokaliti di Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu serta masing-masing 1 lokaliti di Kelantan dan Sarawak. Daripada 226 lokaliti, 19 lokaliti dikategorikan sebagai lokaliti hotspot denggi dengan 18 lokaliti dilaporkan di Selangor manakala selebihnya di Perak.

Paling lama tempoh berlaku wabak di lokaliti hotspot iaitu 98 hari adalah di PJS 8 Mentari Court 1 (Blok A, B, C,D) dan (Blok E, F & G) dengan 125 kes yang dilaporkan. Masalah persekitaran yang kotor dengan sampah di kawasan ini merupakan penyebab kepada pembiakan Aedes yang berterusan di mana kadar pembiakan Aedes yang ditemui adalah pada kadar masing-masing 28.6% dan 38.2%.

Begitu juga dengan lokaliti hotspot yang lain di mana 74% (14 lokaliti) masih mempunyai kadar Indeks Aedes yang tinggi. Ini menunjukkan lokaliti ini akan terus menerus menjadi punca jangkitan demam denggi dan lokaliti hotspot negara jika masyarakat masih tidak sedar akan bahaya demam denggi dan berusaha membantu KKM dalam mengawal penularan jangkitan denggi dilokaliti tersebut.

Kementerian Kesihatan memandang serius dengan peningkatan kes dan kematian denggi yang melanda negara sejak kebelakangan ini. Dalam menghadapi situasi kes dan kematian denggi kini yang semakin meningkat masyarakat diseru untuk mencari dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes di sekitar rumah masing-masing. Hanya luangkan masa 10 minit seminggu. Ingatlah "Aedes Membunuh”.

DATUK DR LOKMAN HAKIM BIN SULAIMAN

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

Kementerian Kesihatan Malaysia

23 September 2013

Apa itu denggi?

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh
pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.

Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Cara jangkitan:

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.

Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´.

Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tempat pembiakan:

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.

ii) Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:

1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.

Click Warna Diri - Putih

Siapakah Diri Anda? Kenali Melalui Warna Diri

Terdapat 4 aras diri hakiki pada manusia, Spiritual, Mental, Emosional dan Fizikal. Setiap orang hanya memiliki satu aras diri yang hakiki. Aras diri hakiki secara umumnya menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya. Dengan mengetahui rahsia aras diri kita boleh mengenalpasti kekuatan, kelebihan diri serta kelemahan yang dialami atau yang akan dilalui pada masa hadapan. Selain dari itu ia dapat membantu untuk mengekploitasi kelebihan pada diri kita dan mengelakan penyakit yang mungkin kita alami.

Perlu dijelaskan disini bahawa penyakit yang dialami adalah berpunca daripada kelemahan atau kegagalan fungsi sesuatu organ dalam tubuh. Mengawal kesihatan kesemua organ dalam tubuh secara berkesan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.

Ringkasan maksud/makna istilah;
  • Kelebihan - adalah kelebihan atau kekuatan yang ujud secara semulajadi dalam diri
  • Kelemahan - adalah kelemahan /penyakit yang sedang dialami atau akan dialami pada masa hadapan sekiranya sifat-sifat negatif dan kelmahan pada organ tidak dikawal
  • Sifat (personaliti) positif - sifat semulajadi yang diwarisi pada diri dan perlu dibentuk. Elok diekspoitasi.
  • Sifat (personaliti) negatif - sifat semulajadi yang diwarisi dan perlu di usahakan supaya hilang dari diri. Ini perlu kerana sifat negatif ini adalah menjadi punca bermulanya penyakit pada diri. Penyakit akan bermula dari tahap simptom, kemudian menjadi penyakit minor. Sekiranya tidak dirawat pada tahap minor, maka penyakit akan menjadi major (kronik) dan akan memakan masa yang agak lama untuk penyembuhan.