Rawatan Alternatif No: 1 di Malaysia

Tindakbalas NW

Home | Forum | Rawatan Mandian Ais | Rawatan Hiv / Aids | Rawatan Kanser | Rawatan Demam Denggi | Alkaline Water | Soalan | Tanda ditubuh | Kisah Benar | Penawar | Tangkap Jin | Siapa aku ? | Sel / Aura / Masa NW | Tips Kesihatan | Tips diet | Mandul | Air | Birthday | Beli Produk | Contact us
Tindakbalas tindakbalas Formula NW 
Seseorang yang mempunyai tahap kesihatan yang sempurna dan bebas daripada kesan-kesan pengambilan dadah dalam sejarah rawatan, biasanya tidak akan mengalami sebarang reaksi atau tindak balas. Tetapi adalah tidak mustahil jika pengguna masih berhadapan atau terpaksa melalui dan mengalami kesan-kesan sebagai tanda tindak balas penyembuhan.

CVT mencipta formula frekuensi rendah yang mana setiap satu formula tidak akan memberi reaksi yang tidak menyenangkan jika cara pengambilan formula dilakukan secara kerap, konsisten dan berterusan.

Sekiranya pengambilan tidak dilakukan dengan cara yang dicadangkan maka kemungkinan tindak balas pengambilan masih boleh berlaku. Sebahagian reaksi tindakbalas pengambilan formula NW adalah seperti berikut,
No Reaksi tindakbalas Kemungkinan punca

1

Mengantuk, kelesuan Keracunan pada hati yang menyebabkan kesan-kesan keasidan pada darah.  Sejarah pengambilan ubat-ubatan dadah yang dibongkar semula menyebabkan darah semakin kotor sehingga formula  darah disertakan gejala ini akan lega dan hilang.
2 Kerap sendawa, mual, senak terasa hendak muntah, perut terasa pedih, tersedu dan tubuh terasa ringan seperti terasa terhoyong-hayang. Masalah pada sistem penghadaman di mana perut mengeluarkan asid / kadar asid tinggi dan tidak dapat dikeluarkan dengan cara bersendawa.
3 Pusingan haid terganggu, darah haid sentiasa banyak dan tidak berhenti-henti, kesakitan semasa haid, pedih dan terasa tercengkam pada bahagian bawah pusat, lebih banyak cecair putih dan kekuningan yang mengeluarkan bau keluar pada alat  kelamin, darah haid semakin pekat, keluar darah haid berketul-ketul. Ketidakseimbangan hormon seksual yang bermula daripada gangguan tidur, hilang selera makan atau sebaliknya.  Fungsi kelenjar tiroid dan adrenal amat berkait rapat bagi mengelakkan stress.
4 Muka, tangan dan kaki berlaku kebengkakan, kejang pada bahagian urat leher hingga ke tengkuk dan urat belikat terkehel selepas bangun tidur. Fungsi buah pinggang lemah kerana keadaan makanan yang berasid atau stress kerana keletihan.
5 Buang air besar berdarah, buasir lama keluar semula, pedih dan keluar cecair pada bahagian dubur Kesan formula yang disertai dengan pengambilan makanan yang pedas bercampur cuka.
6 Cepat pening, mudah pitam, pemarah, panik dan mudah terperanjat. Kesan kelemahan pada buah pinggang kerana stress dan keletihan.  Rawatan pada bahagian perut tidak dijalankan terlebih awal
7 Suhu badan tinggi, kesukaran tidur dan badan bertenaga aktif semakin larut malam. Tenaga yang terperangkap pada bahagian usus besar dicemari keracunan yang terpendam semasa ia dibebaskan apabila formula ini diambil pada waktu malam
8 Jerawat, gatal-gatal, ruam, kencing semakin kotor dan berbau, selsema dan gatal-gatal pada bahagian hidung. Fungsi hempedu lemah.  Toksin dibebaskan dan masalah alahan dan ketidakceriaan yang telah lama dialami.
9 Kesakitan bertambah pada tempat atau anggota tubuh yang telah mengalami kesakitan seperti gout. Urik asid yang berlebihan pada sendi dan tulang dibebaskan.
10 Tiada sebarang reaksi / tindak balas.

Formula yang tepat pengambilannya pada waktu yang sesuai. 

Pengambilan yang sangat kerap, konsisten.

Pengambilan formula dari masa ke semasa.

Banyak minum air.