PENGERTIAN SIHIRSihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah
s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya.
Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan
yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah
sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mikjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya
para penyihir Fir'aun.
PUNCA WUJUDNYA ILMU SIHIRSihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya
secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi
Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.
Memiliki
ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu
sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada
orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu.
BAGAIMAN AHLI SIHIR MENDEKATKAN DIRI KEPADA JINUntuk mwndekatkan diri
kepad Jin atau Syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-Qur'an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untik masuk ke tandas.
Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur'an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada
pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah Al-Fatihah secara songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau
tetap dalam keadaan junub. Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan tidak
menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah ditentukan oleh jin / syaitan. Terdapat juga pengamal
sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran.
Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya kecuali dengan satu imbalan atau balasan.
Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan
kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya
bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir
itu maka akan kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya.
Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa. Dia tidak tadap tidur dengan
tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak
dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.
PERJANJIAN AHLI SIHIR DENGAN JINDi bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang
ahli sihir dengan wakil syaitan" yang bernama Asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi
copnya ialah
Cop Jin.Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia.. Cop yang tertera di surat ini
bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop 'Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik Jin jahat
biasa.

Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara "Syaitan dengan O'Ryan Greenfield" seorang ahli sihir
dari barat. Sebenarnya surat itu ialah perjanjian
otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan
mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop 'Ifrit.
RAHSIA DAVID COPPERFIELDDavid Copperfield sememangnya mengamalkan ilmu sihir. Sebab itulah beliau
boleh melakukan apa saja malah boleh terbang. Sebenarnya David Copperfield sangat terkenal di kalangan para Jin. Dia mempunyai
perjanjian dengan salah seorang 'Ifrit. 'Ifrit mempunyai pasukan yang ribuan jumlahnya. Merekalah yang mengangkat Copperfield.
Agar dia boleh naik sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk mengangkatnya.
Dan lagi satu kebolehannya, seorang gadis
yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri dalam wujud seorang gadis manusia. Dia menghilang,
kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa tanda luka sedikit pun. Adalah mungkin Copperfield telah membuat surat perjanjian
sama seperti yang diatas.
Wallahu a'lam.
CARA AHLI SIHIR MEMANGGIL JIN
- Cara Pertama : Thariqotul Iqsam
Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan.
- Cara Kedua : Thariqatuz Zabhi
Penyembelihan Binatang.
- Cara Ketiga : Thariqah Sufliyah
Melakukan Kenistaan.
- Cara Keempat : Thariqatun Najasah
Menulus Ayat-Ayat Al Qur'an dengan Najis.
- Cara Kelima : Thariqatut Tankis
Menulus Ayat-Ayat Al Qur'an secara Songsang.
- Cara Keenam : Thariqatun Tanjim
Menyembah Binatang.
- Cara Ketujuh : Thariqatul Kaffi
Melihat melalui Tapak Tangan.
- Cara Kelapan : Thariqatul Atsar
Menggunakan benda Bekas Pakai.